Sunday, March 27, 2011

Radiasi naik 10 kali ganda

SENDAI: Paras radiasi di perairan berhampiran loji nuklear Fukushima yang dilanda tsunami melonjak 10 kali ganda dalam tempoh beberapa hari.
Ketika petugas loji itu bergelut untuk menstabilkan stesen jana kuasa itu, tahap radiasi kini menjadi ancaman kepada orang awam.

Pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama, berkata seseorang yang meminum 500 mililiter air tercemar berdepan risiko barah.
Katanya, pengambilan air dalam jumlah itu menyamai kadar pendedahan dibenarkan untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun, Nishiyama menolak kemungkinan kesan terhadap hidupan air dapat dilihat dalam tempoh segera.

Ketika ini, paras iodin 131 di Lautan Pasifik berhampiran Fukushima adalah 1,250 kali ganda daripada tahap dibenarkan.
Click Here

“Secara umumnya, bahan radioaktif yang dibebaskan ke laut akan merebak mengikut arus dan perlukan lebih banyak rumpai laut dan hidupan lain untuk menyerapnya,” katanya mengulas hasil ujian dikeluarkan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (Tepco), semalam.

Selain iodin, bahan cemar lain yang dikesan Tepco adalah caesium yang mampu bertahan selama 30 tahun.
Bahan itu didapati 79.6 kali ganda lebih tinggi daripada tahap dibenarkan.

Jepun mengalami gempa bumi sekuat 9 magnitud pada 11 Mac lalu, sebelum diikuti tsunami yang melanda pantai timur laut negara itu.

Setakat ini ,jumlah korban rasmi dikeluarkan kerajaan meningkat kepada 10,151 dan tidak banyak harapan dapat dipertaruhkan bagi mengesan 17,053 mangsa lain yang masih hilang.

Paras radioaktif iodin, caesium and kobalt di perairan berhampiran reaktor satu dan tiga loji berkenaan terus membimbangkan apabila didapati 10,000 kali ganda lebih tinggi berbanding situasi biasa. - AFP

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami & Nuklear..

Rasanya masih belum terlambat utk saya postkan tajuk ini di blog ni..

Seperti yang kita tahu dari berita tergempar sejak Jumaat lalu, selepas saya balik dari solat Jumaat, semua TV dan channel di video wall tertumpu kepada breaking news mengenai gempa bumi di jepun.
Keadaan gempa dan tsunami sangat teruk.. paling teruk dalam sejarah.. melanda northen east of Japan.. iaitu Sendai.. dlm 300-400km dari tokyo.. Puluhan kilometer disapu bersih oleh Ombak besar iaitu Tsunami.. Ramai yg tidak sempat melarikan diri ke tempat tinggi.. tapi disebabkan kecanggihan alarm tsunami jepun, kita sedari juga ramai yg terselamat selepas menyelamatkan diri ke tempat tinggi..Bekalan api terputus, transportation terhenti.. Satu jepun terkejut dgn gempa bumi 9.0 skalar rektar.. Di tokyo, Bangunan pencakar langit bergoyang, brg2 office dan rumah berselarak dan rosak.. jalan retak.. orang ramai panik.. ramai yg tak dapat balik ke rumah pada hari itu kerana semua trains dibehentikan.Situsasi ini mesti anda semua dah tgk di berita dan surat khabar.
Tetapi sekarang ni ada satu lagi ancaman di sanan iaitu, Nuklear.. Semua orang di sekitar Sendai dan Fukushim di pindah keluar, ramai komuniti malaysia turun ke tokyo.. cari rumah kawan dan saudara malaysia yg lain.. ada yang berlepas balik ke Malaysia.. Makanan makin kurang.. pendedahan cuaca kepada radiasi jugak membimbangkan.. saya tak terkata apabila membaca dan mendengar berita mengenai situasi di sana..
Apa yg saya boleh lakukan sekarang ialah mendapat berita-berita terkini dan minta-minta situasi ini cepat kembali pulih.. Amin..

Tuesday, March 8, 2011

Our facebook fan pages now online..

Hi guys, kindly visit our facebook fan pages and Like it.. hehe..
This will help you to get new information more easily.
Dun miss it.. hehehe..

Alert Alert Alert..
Our official web page is in progress.. hehe.. Thanks to all my frens who support me..

Monday, March 7, 2011

Kena ada VISA?

Yup.. kita kena apply visa utk masuk ke Japan..
Tapi jgn risau, anda hanya perlu sediakan dokumen sahaja,
biar saya yg setelkan di kedutaan.
Bawah ni detailnyer.. hehe

B. HOLIDAY AND TRANSIT
1.  Original passport
2. One (1) visa application form (downloadable)
3. One (1) photo (4.5cm x 4.5cm) with white background which is taken within 6 month from the visa application and must be pasted on the application form
4. IItinerary in Japan (downloadable) and for transit purpose, copy of visa to the main destination (USA, CANADA, etc)
5. Employment certificate stating your position, department in the company and length of service(using the company letterhead)
  
 *If you are a sole proprietor/partner/owner of the company, you need to submit a copy of  your business registration
   
*For those who are not working: a self explanatory letter stating how expenses will be borne, name and relationship of person(s) accompanying (if any)
6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)
7. Copy of marriage certificate (spouse) or birth certificate (children) to show proof of relationship between the main applicant and the person(s) accompanying

NOTES

1.    Please arrange all the documents according to the sequence. Documents submitted will not be returned.
2.    All photocopies must be on A4 size paper.
3.    Collection of passport will be three (3) working days for Malaysian (subject to approval).

*THE EMBASSY OF JAPAN HAS THE RIGHT TO REQUEST FOR ADDITIONAL DOCUMENTS OR CALL THEAPPLICANT FOR AN INTERVIEW*

EMBASSY OF JAPAN
CONSULAR SECTION
11, PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR  
http://www.my.emb-japan.go.jp/

OFFICE HOURS
MONDAY - FRIDAY
8.30 a.m. - 12.00 noon
2.00 p.m. – 4.00 p.m. 
TEL: 603-2177 2600
FAX: 603-2143 1739
EMAIL: ryo@kl.mofa.go.jp